counter.
free html hit counter
hit counter code

Wednesday, March 9, 2011

MMC


sekali pndang gamba yg bawah tu mcm kak fatin kan?? tenung lame2 pon mcm kak fatin gak.

sekali tgk kat name..ustazah fatin kamaludin.
wahhh!!! excited lak aku -.-'

kalu btol dy, tak sangka dy dah kawen ek?

kalu bukan dy, oops.sori..slh org :)

sje nk berkongsi. hehe

Tuesday, January 25, 2011

Khairul Faiqri

Assalamualaikum wbt.
Bunga mawar seharum mawar,
bunga mawar tangkai berduri.
badan gagah tak pernah gentar,
nama diberi jena faiqri.

Ok la kali ni nak post sal jena, act jena ni merupakan pelajar jannatul adnin mase dekat sepintar dulu,ni tok yg xtaw la, pastu dia merupakan ketua prodigy dan exco dkt sekolah.

Baru2 ni ayah beliau telah dimasukkan ke wad,dan terpaksa menjalani pembedahan. kencing manis. lepas bedah kena ulang alik g hospital sbb nak cuci. setiap kali kene cuci memakan kos ratusan ringgit.

Jadi kita sebagai sahabat, yang dulu gelak sama2,makan sama2,anta dobi sama2,apa kata kita menghulurkan sedikit sumbangan kepada beliau untuk meringankan lagi beban kos rawatan, mungkin kita dapat buat gathering ke,dapat main futsal sama2 sambil wat collection,ataupun kalian boleh lah bank-in sumbangan kalian ke akaun di bawah.

Bank Rakyat : 22-106-108757-9

So sapa yang bermurah hati,boleh la call jena n konfemkan balik num akaun ni k. pape pon kite sume bantu lah k,dulu masa Syaza,skng mase Jena,next time kite xtaw sape en,kita sama2 bantu dgn menginfakkan harta kita nih.


Sesungguhnya orang-orang yang sebenar-benarnya beriman hanyalah orang-orang yang percaya kepada Allah dan RasulNya, kemudian mereka (terus percaya dengan) tidak ragu-ragu lagi, serta mereka berjuang dengan harta benda dan jiwa mereka pada jalan Allah; mereka itulah orang-orang yang benar (pengakuan imannya). Al-Hujurat ayat 15.


Moga2 ayah jena sembuh secepat mungkin, jum bdoa sama2. Wassalam.

Wednesday, January 12, 2011

Minumlah Air (Artikel Kesihatan)

Salam, disebabkan sekarang ini aku ade banyak masa sebab tengah cuti pre-exam, jadi aku rase adalah baik untuk aku bertanggungjawab untuk menulis kat dalam blog yang dah lama bersawang ini.

Kalau korang sume nak tahu, berdasarkan artikel yang aku baca, sumber kecantikan yang paling efektif yakni berkesan dalam dunia ini adalah dengan meminum air iaitu air kosong la. Aku tau mesti korang lagi suka air yang bergas macam coca-cola, pepsi, kickapo, root beer, dll, pastu minuman macam teh tarik, nescafe, kopi tongkat ali, kacip fatimah, kopi jantan, dll, itu memang tidak boleh dinafikan la sebab aku pun suka minum semua tu.

Tapikan, air kosong ni adalah air yang paling baik sebenarnya untuk kita minum kerana dengan hanya 8 gelas sehari kita meminum air kosong, kita dapat mengekalkan kesegaran badan, badan kita akan jadi langsing dan hidup kita akan lebih ceria, kalau tidak percaya, cuba la praktikkan, kalau semua yang aku cakap tu tidak menjadi, cakap la kat aku tau.

Oleh yang demikian, terdapat beberapa cara pengambilan air kosong supaya orang kata lagi menarik la, antaranya ialah:

1. Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.


2. Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.

3. Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina(kalau kat Mesir ni, daun pudina dia panggil na'na', bukan nek nak cite hantu kat astro tu tau, jgn slh faham pulak, org Arab kat cni suke sgt minum teh yang dicampur daun pudina, memang segar giler nafas kalau minum tu, so xpyh la nak gosok gigi, haha xdela gurau jer), hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.

4. Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.

Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air sangat penting bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.


Air juga penting sebagai ejen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan dalam keadaan stabil.

Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian. Ingat ni, cuba jangan tidak mencuba tau.


Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda. Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.

Persoalannya di sini, berapa banyakkah yang seharusnya kita minum?

Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.(tapi Mesir sekarang musim sejuk..haha tapi still penyahidratan tetap berlaku sebab iklim yang kering).

Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Justeru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.


Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.

Air juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar. Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air.Jadi betul la kan macam aku cakap awal2 tadi, hanya dengan meminum air kosong ni, badan kita boleh jadi langsing, inila buktinya.

Dan lagi satu, air juga boleh menghindarkan daripada penyakit batu karang. Batu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yakni bahan kumuh yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, batu tersebut akan disingkirkan oleh air kerana ia dapat dilarutkan.

Jadi itulah serba sedikit daripada apa yang aku dapat kongsikan dekat blog ini, harap2 lepas ini semua ambil cakna la pasal kesihatan masing-masing sebab kita masih muda lagi kan, jadi kita kena berhati-hati la sebab mencegah itu lebih baik daripada mengubati kan, korang semua mesti faham kan, almaklumla budak hebat2.

Sekian, Wassalam.

Yang Benar,
Sdr. Mohamad Faris Bin Md Noh
Dikarang di El-Malek El-Saleh, Kaherah, Mesir,
Jam 0108 pagi Mesir = 0708 pagi Malaysia.








Tuesday, January 11, 2011

Tolong Doakan Kami

Salam, first tyme aku ber post kat blog ni, jangan risau, post pendek jer, memandangkan minggu hadapan, kebanyakan pelajar2 perubatan di seluruh Mesir ini iaitu di Universiti Kaherah, Ain Shams, Al-Azhar,Mansoura, Zagazig akan menghadapi Peperiksaan Pertengahan Tahun, jadi aku di sini yang xberape hebat ingin memohon seribu kemaafan jika kami semua telah melakukan kesilapan dan mohon doa antum semua supaya peperiksaan yang bakal kami tempuhi akan dipermudahkan oleh Allah SWT.

Bagi muhafazah Tanta pulak, exam mereka akan bermula selepas cuti winter iaitu 13 Februari 2011, so mohon doakan la ye, bagi muhafazah Iskandariah, aku xpasti sebab sistem dorang laen cket berbanding kami semua, tapi ape2 pon doakan la jugak.

Bagi negara2 laen, aku xtau, korang tanye sendiri dan bagi semua kat rakan2 di Malaysia, jgn risau, doa kami sentiasa mengiringi kalian sume, insyaAllah, wassalam.


Yang Benar,
Sdr. Mohamad Faris Bin Md Noh
Pelajar Perubatan Basyari Tahun 2
Universiti Kaherah, Mesir.




Saturday, January 8, 2011

Graduasi

Assalamualaikum wbt.

Ape kaba korg semua? aha aku igt blog nih cm dah mati, senyap jeh. hehe ok aku nak tanye korang,
ade sesiapa dapat dah gambar graduasi korang?
mane pergi duit kita and gmbar graduasi kite weh? ;?

Thursday, January 6, 2011

Sejarah Yang Hilang

Sesiapa yg bace blog ni , aku bhasrat utk buat entry ttg asal-usul nama2 paggilan yg aku rase tak semua org tahu melainkan sstgh je

Antara name yg mndpt perhatian aku ialah Jena , Monek , Damn , Donut , Pokle , Om ni aku rase name pggilan yg bermisteri dan perlu dirungkaikan,

Name panggilan laen2 aku rase org tau kot contoh:-
  1. Pendang-sbb asl sane
  2. Kam & Jam-sudah jelas
  3. Ubi ,cabe dll.-x termasuk dlm list
Name pompuan aku rase semua normal takde yg bermisteri sgt.Kpd sesiape yg tau kisah sebenar bolela buat entry kalau rajin dan cite2 zaman2 jahiliyyah seperti gunting cacak kepala juge boleh disertakan.

Aku rase nk buat bnde ni pon psl blog ni dah x de update2 aku cube carik topik utk ditulis dsbbkn kesemua tah bape puluh org batch kite dah ketandusan idea mgkin kerana masing2 sibuk blaja.

Pesanan ringkas:perbetulkan ape niat korg belajar

Sunday, September 12, 2010

semoga sama2 kita bantu membantu antara kita yek

assalamualaikum pada semua rakan2, errrr pertama nye, saye ucapkan selamat hari raye, maaf zahir batin. kot2 ade slh dn silap harap di maafi.

ok ni topik utama saya. sumber dri seorg shbt kita (arif rukai) mengatakan bahawa salah seorang rakan kita di sepintar dulu, syaza nadia, ibunya telah di masukkan ke HUKM lebih krg 11 hari, penyakit nya saya kurang pasti, tapi menurut sumber, ibunya memerlukan rawatan dialysis selama 4 kali SEMINGGU. satu kali dialysis memakan kos sebanyak RM380, jadi saya kira, sebagai sahabat yg telah bersama selama 5 tahun atau 2 tahun bersama di sepintar, apa kata kalau kita buat derma kilat untuk membantu sahabat kita yg didalam kesusahan ini?

bagi yg nk derma, ni akaun CIMB syaza:

08310006186525

derma seikhlas hati yek ;)
bagi yang pergi rumah nisa' nnt, inshaAllah kutipan juga akan dibuat pada waktu itu, jadi sama2 lah kita bantu membantu sesama kita yek. ;)

-hamba Allah-