Wednesday, March 9, 2011
MMC
Tuesday, January 25, 2011
Khairul Faiqri
Assalamualaikum wbt.Wednesday, January 12, 2011
Minumlah Air (Artikel Kesihatan)
Salam, disebabkan sekarang ini aku ade banyak masa sebab tengah cuti pre-exam, jadi aku rase adalah baik untuk aku bertanggungjawab untuk menulis kat dalam blog yang dah lama bersawang ini.Kalau korang sume nak tahu, berdasarkan artikel yang aku baca, sumber kecantikan yang paling efektif yakni berkesan dalam dunia ini adalah dengan meminum air iaitu air kosong la. Aku tau mesti korang lagi suka air yang bergas macam coca-cola, pepsi, kickapo, root beer, dll, pastu minuman macam teh tarik, nescafe, kopi tongkat ali, kacip fatimah, kopi jantan, dll, itu memang tidak boleh dinafikan la sebab aku pun suka minum semua tu.
Tapikan, air kosong ni adalah air yang paling baik sebenarnya untuk kita minum kerana dengan hanya 8 gelas sehari kita meminum air kosong, kita dapat mengekalkan kesegaran badan, badan kita akan jadi langsing dan hidup kita akan lebih ceria, kalau tidak percaya, cuba la praktikkan, kalau semua yang aku cakap tu tidak menjadi, cakap la kat aku tau.
Oleh yang demikian, terdapat beberapa cara pengambilan air kosong supaya orang kata lagi menarik la, antaranya ialah:
1. Ketika bangun pagi, campurkan air kosong panas dengan perahan limau nipis atau lemon. Minum dan anda akan merasakan kesegarannya.
2. Pesanlah air mineral ketika anda makan di gerai atau restoran. Hindari soda atau air berkarbonat yang boleh menggemukkan.
3. Untuk kesegaran, tambahkan daun pudina(kalau kat Mesir ni, daun pudina dia panggil na'na', bukan nek nak cite hantu kat astro tu tau, jgn slh faham pulak, org Arab kat cni suke sgt minum teh yang dicampur daun pudina, memang segar giler nafas kalau minum tu, so xpyh la nak gosok gigi, haha xdela gurau jer), hirisan buah limau atau halia pada air kosong anda. Rasanya juga pasti berbeza.
4. Ketika cuaca sejuk, air kosong panas yang dicampurkan dengan madu dan lemon sudah cukup untuk memanaskan badan anda.
Kita semua memerlukan air sebagai nutrien penting bagi kehidupan. Air sangat penting bagi memastikan sel dalam badan kita berfungsi dengan sempurna. Dianggarkan sebanyak 55 hingga 75 peratus tubuh badan kita terdiri daripada air. Seseorang dapat hidup hingga 70 hari tanpa makanan tetapi hanya bertahan hingga 10 hari sahaja sekiranya tiada air. Ini bermakna air sangat penting untuk kehidupan.
Air juga penting sebagai ejen yang membantu mengangkut nutrien dan bahan kumuh, membantu penyerapan makanan selain memastikan tahap suhu badan dalam keadaan stabil.
Untuk sihat dan terhindar daripada penyakit, paling baik minum lapan gelas air dalam sehari. Yang baik adalah air suam, iaitu tidak terlalu sejuk dan tidak terlalu panas. Untuk mendapatkan hasil yang terbaik, minumlah dua gelas besar 1-2 jam sebelum sarapan, dua gelas besar 1-2 jam sebelum makan tengahari, dua belas besar 1-2 jam sebelum makan malam dan dua gelas besar 1-2 jam sebelum tidur malam. Lakukan secara disiplin, maka hasilnya akan terlihat dalam 2-3 bulan kemudian. Ingat ni, cuba jangan tidak mencuba tau.
Air adalah keperluan kedua setelah udara bagi TUBUH anda. Tubuh kita terdiri daripada 75% air dan 25% zat padat. Pernafasan dan perkumuhan dari badan akan melibatkan sebanyak 3 liter air sehari digunakan. Ini bermakna badan kita mengeluarkan lebih daripada 10 gelas air dalam masa sehari. Oleh itu, kita perlu mengembalikan semua air dalam badan secara teratur agar dapat mengekalkan paras air dalam badan. Ia sekaligus memastikan kesihatan sentiasa pada tahap optimum.
Persoalannya di sini, berapa banyakkah yang seharusnya kita minum?
Dua liter air adalah jumlah minimum yang disyorkan oleh pakar kesihatan. Ini bermakna kita memerlukan lapan gelas besar air. Jika anda tinggal di kawasan yang bersuhu tinggi (panas) dan banyak melakukan aktiviti fizikal, maka anda memerlukan lebih dari lapan gelas air sehari.(tapi Mesir sekarang musim sejuk..haha tapi still penyahidratan tetap berlaku sebab iklim yang kering).
Kebanyakkan makanan yang kita ambil mempunyai ‘kandungan air yang rendah’ atau ia hilang ketika proses memasak. Justeru, dengan mengambil buah-buahan dan sayur-sayuran segar (yang memiliki kandungan air yang tinggi) maka anda akan memperolehi sehingga lebih daripada satu liter air. Air yang terkandung dalam buah-buahan dan sayur-sayuran juga mempunyai pelbagai mikronutrisi yang mudah diserap oleh tubuh kita.
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melalui aliran darah ke seluruh bahagian tubuh yang memerlukan. Malah zat-zat makanan yang larut dalam air dapat diserapkan oleh air. Malah air memudahkan proses perkumuhan. Kekurangan air juga boleh menyebabkan sembelit. Air dapat membantu melancarkan sistem penghadaman dan melawaskan proses pembuangan.
Air juga dapat bertindak sebagai penahan nafsu makan secara semulajadi. Cukup dengan mengambil segelas air setiap kali anda berasa lapar. Kekurangan air menyebabkan anda makan secara berlebihan. Ini disebabkan mekanisme nafsu makan semakin meningkat ketika anda benar-benar kekurangan air.Jadi betul la kan macam aku cakap awal2 tadi, hanya dengan meminum air kosong ni, badan kita boleh jadi langsing, inila buktinya.
Dan lagi satu, air juga boleh menghindarkan daripada penyakit batu karang. Batu karang terjadi ketika sisa bahan yang tidak terpakai atau komponen lain yang melalui buah pinggang bergabung dengan komponen sampah yakni bahan kumuh yang lain. Maka terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebesar batu jika kekurangan air. Jika kita banyak minum air, batu tersebut akan disingkirkan oleh air kerana ia dapat dilarutkan.
Jadi itulah serba sedikit daripada apa yang aku dapat kongsikan dekat blog ini, harap2 lepas ini semua ambil cakna la pasal kesihatan masing-masing sebab kita masih muda lagi kan, jadi kita kena berhati-hati la sebab mencegah itu lebih baik daripada mengubati kan, korang semua mesti faham kan, almaklumla budak hebat2.
Sekian, Wassalam.
Yang Benar,
Sdr. Mohamad Faris Bin Md Noh
Dikarang di El-Malek El-Saleh, Kaherah, Mesir,
Jam 0108 pagi Mesir = 0708 pagi Malaysia.
Tuesday, January 11, 2011
Tolong Doakan Kami
Bagi muhafazah Tanta pulak, exam mereka akan bermula selepas cuti winter iaitu 13 Februari 2011, so mohon doakan la ye, bagi muhafazah Iskandariah, aku xpasti sebab sistem dorang laen cket berbanding kami semua, tapi ape2 pon doakan la jugak.
Bagi negara2 laen, aku xtau, korang tanye sendiri dan bagi semua kat rakan2 di Malaysia, jgn risau, doa kami sentiasa mengiringi kalian sume, insyaAllah, wassalam.
Yang Benar,
Sdr. Mohamad Faris Bin Md Noh
Pelajar Perubatan Basyari Tahun 2
Universiti Kaherah, Mesir.
Saturday, January 8, 2011
Graduasi
Thursday, January 6, 2011
Sejarah Yang Hilang
Antara name yg mndpt perhatian aku ialah Jena , Monek , Damn , Donut , Pokle , Om ni aku rase name pggilan yg bermisteri dan perlu dirungkaikan,
Name panggilan laen2 aku rase org tau kot contoh:-
- Pendang-sbb asl sane
- Kam & Jam-sudah jelas
- Ubi ,cabe dll.-x termasuk dlm list
Aku rase nk buat bnde ni pon psl blog ni dah x de update2 aku cube carik topik utk ditulis dsbbkn kesemua tah bape puluh org batch kite dah ketandusan idea mgkin kerana masing2 sibuk blaja.
Pesanan ringkas:perbetulkan ape niat korg belajar
Sunday, September 12, 2010
semoga sama2 kita bantu membantu antara kita yek
ok ni topik utama saya. sumber dri seorg shbt kita (arif rukai) mengatakan bahawa salah seorang rakan kita di sepintar dulu, syaza nadia, ibunya telah di masukkan ke HUKM lebih krg 11 hari, penyakit nya saya kurang pasti, tapi menurut sumber, ibunya memerlukan rawatan dialysis selama 4 kali SEMINGGU. satu kali dialysis memakan kos sebanyak RM380, jadi saya kira, sebagai sahabat yg telah bersama selama 5 tahun atau 2 tahun bersama di sepintar, apa kata kalau kita buat derma kilat untuk membantu sahabat kita yg didalam kesusahan ini?
bagi yg nk derma, ni akaun CIMB syaza:
derma seikhlas hati yek ;)
bagi yang pergi rumah nisa' nnt, inshaAllah kutipan juga akan dibuat pada waktu itu, jadi sama2 lah kita bantu membantu sesama kita yek. ;)
-hamba Allah-
Monday, September 6, 2010
Rumah Terbuka Khairun Nisa Mohd Zaidan
Assalamualaikum w.b.t..kehadapan semua sahabat2 sepintarian 0408 yg dikasihi…diharap berada dalam keadaan yg sihat sentiasa hendaknya…saya dgn rasa rendah diri menjemput anda semua untuk hadir ke rumah terbuka aindilfitri saya yang akan diadakan pada :
Tarikh : 16 Sept 2010 (cuti hari 1 malaysia)
Masa : 12 pm-4 pm
Tempat : no.19, jalan seroja 23, Taman Seroja, 43900, Bndr Baru Salak Tinggi, Sepang, Selangor
Landmark : KLIA, Kolej Teknologi Timur (KTT-tempat iqbarul n hamiza), MIAT (tempat achik jf)
Untuk pengetahuan, sy telah diberi autoriti oleh keluarga untuk menjemput HANYA kawan2 saya ke rumah terbuka ini…oleh yg sedemikian, rumah terbuka ini adalah KHAS utk SEPINTARIAN 0408..jadi, kehadiran anda semua adalah sangat dialu-alukan tanpa paksaan..terdapat beberapa cara utk datang ke sini..antaranya :
Drive sendiri..sila rujuk peta (cick here)
2) Pengangkutan awam :
i)ktm-berhenti sehingga stesen nilai..kemudian boleh amk teksi.. bayaran teksi sekitar rm 20..tp, kalau naik 4 org, sorg dalam rm5 je..hehe..tp, jgn risau, kalau dizinkan dgn bilangan org yg sesuai, sy boleh amik..tasha pon boleh tolong jgk sbb rumah die dkat sgt ngn ktm nilai..jarak dr kl sentral ke nilai plus minus sejam
ii)klia transit – cara ini sesuai bagi mereka yg mempunyai duit lebih dan mementingkan keselesaan..hehe..boleh bhenti dkat stesen salak tinggi (1 stesen slps bndr tasik selatan)
Seperti yg sy nyatakan, kehadiran adalah sgt dialu-alukan tanpa paksaan..disbbkan event nih khas utk anda, jasa baik anda utk men’confirm’kan kehadirah adalah sgt2 dihargai utk bajet masakan..keh3..bg yg x berpeluang dtg iftar kg.baru, inilah peluang anda! utk yg gurlz, kene berusaha dtg okeh, buat reunion kali ke-2..n jgn risau, sy sudah menyediakan buah tangan yg x seberapa dr egypt..hehe..segala pertanyaan dan permasalahan boleh contact sy di fb/012-2299419
Sunday, August 22, 2010
reunion iftar

Salam disebabkan donat nk sgt jmpe kite semua lalu beliau mengusik aku untuk membuat event iftar ni. Jadi bagi sesiapa yang free boleh la menghulurkan masa untuk bersama2 ketemu kembali(xpayah aa nk jmpe 10 taun ag) jadi tolong2 la bagitahu kat kawan2 yang x tahu or yang xde facebook.jmpot la dtg. kalau lebih 25 org mmg nk dtg kita wat,kalau 24 dan ke bawah,bukak pose dekat rumah masing2 je lah. Jadi 28ogos/ 4sept tarikh yang dicadangkan. Sila lah berbincang dgn segera sementara mase ade ni,baiklah Selamat berpuasa! Ramadhan Kareem =]
Wednesday, July 14, 2010
Cemburu.
.jpg)
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari
Huraian :
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
Monday, July 12, 2010
Miracle is it?

Ape reaksi korg lps tgk gamba ni?
Memuji kebesaran Allah kerana keajaiban gambar ini?
Bagaimana pula dgn gambar ini?
+
+
+

Ajaib juga bukan?
-Apa yg aku cube smpaikn adalah kita seringkali gagal utk melihat kebesaran Allah yg berada didepan mata.
-Adakah slps melihat bnde2 mcm ni baru kita mahu memuji kebesaran Allah
-Sedangkn ianya hanyalah optical illusion
-Dan kita selalu lupa kebesaran Allah yg lebih hebat iaitu tubuh badan manusia itu sndiri
-Sepatutnya mata yg melihat dan otak yg digunakan utk memproses yg dipaggil kebesaran Allah bukannye gmbar ni
Sbb sesiapun bole buat gmba camni
-Perkara ini juga berlaku dlm perkara2 laen seperti awan berbentuk kalimah Allah
-Aku tak ckp ianya bukan kebesaran Allah tetapi adakah kite hanya mahu memuji Allah selepasPerkara2 sebegini berlaku
-Sdgkn ciptaan2-Nya seperti bumi , langit , manusia dan haiwan yg berada di depan mata sudah cukup membuktikan kebesaran Allah.
Sekian wasalam.
-zie je de volgende keer in spanje
we slaan je kont omhoog!
-im gonna kill paul the khurafat octopus!
Sunday, June 20, 2010
Alfatihah
dan tiada dugaan yang diberikan kepada hambaNya melainkan yang mampu dihadapi oleh hamba itu...
wallahuallam..alfatihah
Tuesday, June 1, 2010
rawang ke bawang or sawang?
da jadi bawang?
DM telebih bg bawang kt bdk2 rawang
sbb tu dorg jadi bawang
kulit nipis..
mudah koyak?haah
nape sume macam tu...
igt dlu JN...org kate NJ
neraka jahanam
JF???JM??wahhh
mmg tertinggi btll syurga tu
tak lupe bdk JA
nnt kata bias pulak.haha
tp skang sume bdk2 rawang da jd bawang
salah sape?
cekgu kimia?cekgu addmath?
cekgu PAI?ke cekgu tapai?
haih korg2 bdk2 rawang ni
tayah la jd bawang
oh takpe bdk2 bawang ni pon
mmg tak suke mengaku dorg bdk rawang
lebih rela jadi bawang
kami pelajar sekolah berasrama penuh islam rawang
ei malu la nk ngaku skolah rawang
sbb kami bawang
huhu...ckp pada diri sndr..
juga pd bawang2 diluar sana
tambahkan kulit..jgn nipis mcm bawang
ohhhhhh!!!
tak suke la sbb dlu pura-pura aje ke???
tak puas ati
just for us..from senior
(asey)
BANTAHAN
International Law of the Sea
Article 14(1) of the Convention on the
Sunday, May 16, 2010
vdeo hari guru
sori ye kalo ad kekurangan kat video ni..n sori sgt2 la pd yg x de gmbr..dan juga sori jgk kalo ad yg tersalah cption..kalo terlaju video ni pun sori jgk..
Friday, May 7, 2010
Reunion (asilah)
die ade cdgkan kat pd...port dickson..2 hari 1 malam...izah dah survey n ade aktiviti yg best2..so utk memudahkan kerja izah...aku tulis kat blog batch ni utk tnya pendapat korg sume..korg nk ke x nk?..duit tu maybe 100 kot...or less or more...tu ak x tau...tp rsenye less ...erm..pe lagi nk tulis?..
maybe nk buat dlm bulan 8 (b4 puasa)...then kalau major setuju kira jadi...tp kalau major x setuju kira x jadi la...(sapa nk buat reunion kalau takat 3 org je kan)...so tu je la..thats all..salam sume..
Monday, April 26, 2010
Wajib Baca.
Thursday, April 22, 2010
kota keriangan
Monday, April 19, 2010
Mati Itu Peringatan!
Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati. Ada kata- kata yang terlintas di fikiran saya tentang 'rancanglah kematian'. Ungkapan ini mungkin anda pernah dengar. Mengapakan kata- kata tersebut dilontarkan? Bukankan banyak lagi ungkapan 'rancanglah kewangan', 'rancanglah masa', dan macam- macam lagi boleh disebut? Perkara ini tidak lain tidak bukan adalah kerana kita sebagai manusia sudah semakin alpa dan lalai dengan godaan dunia. Hidup kita diarahkan semata- mata untuk kehidupan dunia. Bukankan kita akhirnya akan menemui Allah suatu hari nanti?
Baru- baru ini saya juga kehilangan beberapa saudara yang terdekat. Salah seorangnya merupakan seorang jiran saya ketika saya menetap di Sungai Buloh. Beliau meninggalkan seorang janda yang merupakan suri rumah, dan 5 orang anak, yang mana 2 orang sedang menuntut di sebuah politeknik di Sabak Bernam, 2 orang lagi masih bersekolah rendah dan seorang lagi masih lagi elum bersekolah. Kematiannya adalah disebabkan penyakit kencing manis. Tidak terduga di mata kasar keluarganya bahawa beliau mempunyai kencing manis sehinggalah satu kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Lantaran terpijak paku, beliau terlantar di hospital selama seminggu. Setelah hampir seminggu koma di atas katil hospital, beliau akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.
Sudah menjadi suratan, yang telah pergi tetap tidak akan kembali. Kepada yang masih hidup, kita tetap perlu teruskan kehidupan seperti biasa. Perjalanan masih jauh. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kepada orang- orang yang mahu menerimanya. Perlu diingatkan bahawa kematian itu satu peringatan. Rasulullah pernah berpesan, orang yang paling bijak ialah orang yang ingat mati (zikrul maut). Adakah kita mahu menyangkal ungkapan tersebut? Sudah pasti tidak. Tatkala seseorang sedang hanyut dengan perlumbaan dunia, mengejar harta, pangkat dan darjat, apabila maut datang menyahut, usahanya hanyalah menjadi sia- sia. Bukankah baik sekiranya kita berjaya menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat? Dunia tidak rugi, di akhirat pun untung.
Coretan demi coretan boleh ditaip, tetapi sejauh mana penghayatan kita terhadap apa yang ingin disampaikan adalah penentunya. Orang kata, hidup hanya sekali, tetapi sebaik mana hendak kita isikan hidup, kitalah yang menentukan.
*Kami di PASUM sudah tamat pengajian. Sedar tak sedar, dah 2 sem kami di Universiti Malaya (UM). Malam Emas pun dah berlalu. Saya berharap rakan2 PASUM & SEPINTAR dapat banyak perkara yang bermanfaat di sini. Kalau tidak, kenelah 'balas' balik time masuk fakulti nanti.. hehe
Thursday, April 15, 2010
Al-Fatihah
Ucapan Takziah
by: Admin
Al Fatihah untuk adik salah seorang sahabat kita, Nafisha yang adiknya telah kembali ke Rahmatullah. Moga roh adiknya ditempatkan bersama para shuhada. Al-Fatihah.
*Petikan akhbar metro.
PUNCAK ALAM: “Luluh hati saya apabila menerima panggilan daripada seorang anggota polis mengatakan anak saya maut akibat kemalangan.
“Berita sedih ini saya terima jam 4.45 petang tadi (semalam) sebelum saya sekeluarga bergegas ke Hospital Slim River,” kata Shaedi Abu Bakar, 49, bapa kepada Shafain, 16, yang dilaporkan hilang, Selasa lalu.
Shaedi berkata, menurut polis yang menyiasat kes itu, anaknya ditemui mati dipercayai mangsa langgar lari di Hulu Bernam, dekat sini, Rabu lalu, iaitu sehari dia dilaporkan hilang.
“Selepas diminta mengecam mayat, sah itu anak saya berdasarkan beberapa tanda dan pakaian yang dipakainya.
“Walaupun sedih dengan apa yang berlaku, tetapi saya reda dan menganggap ia ketentuan Ilahi,” katanya ketika dihubungi Harian Metro di sini, semalam.
Mangsa cedera parah di kepala dan badan, bagaimanapun polis yang menyiasat kes itu belum dapat mengenal pasti kenderaan yang melanggar mangsa.
Shaedi berkata, motosikal yang ditunggang anaknya ketika kejadian juga tidak ditemui di tempat kejadian.
Jenazah dibawa pulang ke rumah mangsa di Puncak Alam dan dijangka dikebumi sebelum Zuhur, hari ini.
