Kehidupan adalah anugerah utama Illahi. Anugerah kehidupan memberi gambaran kebesaranNya buat kita manusia, yang wajib kita syukuri dan hargai.
Internet adalah kemudahan buat umat manusia. Justeru itu, manafaatkan ia untuk kesejahteraan diri kita dan umat sejagat. Sentiasalah kita beringat, apa yang kita lakukan, akan dipertanggungjawabkan pada kemudian hari.
Gunakan sebaik-baiknya kurnia Allah swt kepada kita. Halalkan kegunaan akal, hati dan lidah pada perkara yang bakal membawa kecemerlangan diri kita dunia dan akhirat. Kita hidup hanya sekali. Sekali 'pergi' tak kan kembali. Buat baik berpada-pada, dan buat jahat JANGAN sekali-kali
Kali ini saya akan menulis tentang cemburu.
Sebagai seorang pelajar,tidak kiralah kita ini pelajar ijazah,ataupun diploma dan asasi,sifat ini iaitu cemburu amatlah penting tetapi cemburu yang bertempat,dan bukan cemburu pada perkara-perkara yang tidak sepatutnya.
Kalau kita lihat diakhbar-akhbar,di bahagian jenayah khususnya,pasti terdapat kes bunuh dan sebagainya. Kalau kes seperti ini pastinya ada sedikit unsur dendam dan cemburu. Mana ada orang sesuka hati nak bunuh rakannya atau orang yang diupah melainkan bersebab. Kalau tidak bersebab mungkin tidak waras barangkali. Tetapi semuanya bermula dengan sifat cemburu.
Kalau kita hayati sejarah islam pon,pembunuhan pertama di atas muka bumi ini ialah berpunca daripada sifat cemburu. Tak lain dan bukan mestilah godaan daripada syaitan bukan.
Namun sifat cemburu ini ada juga kebaikannya kalau kita pandai gunakannya ke arah yang betul. Sesungguhnya Alah menciptakan sesuatu tu tidak kiralah perasaan atau benda pasti ada hikmahnya. Boleh sahaja kalau kita gunakan sifat atau perasaan ini untuk memotivasikan diri ke arah yang lebih baik bukan. Contohnya dalam mengejar kejayaan dalam menuntut ilmu, melihat rakan-rakan lain berjaya dengan jayanya,takkan kita tidak terasa tercabar untuk mengalahkannya,tapi bukanlah dengan cara cemburu yang melampau sehingga menganiaya kawan kita,tetapi dengan merubah diri kita menjadi lebih baik,caranya? Terpulanglah mengikut kehendak masing-masing asalkna cara tersebut tidak melanggar syariat agama kita.
Hadis :
Rasulullah saw. Bersabda bermaksud: "Tidak boleh iri hati melainkan dalam dua perkara iaitu: Seseorang yang telah dikurniakan Allah harta lalu dibelanjakan hartanya itu kejalan yang benar (yang diredhai oleh Allah) dan orang yang dikurniakan oleh Allah ilmu pengetahuan, lalu ia mengeluarkan sesuatu hukum berpandukan ilmunya (al-Quran dan Hadith) serta diajarkannya pula kepada orang lain". Riwayat Hadith al-Bukhari
Huraian :
1. Islam melarang umatnya berperasaan hasad dengki dan iri hati melainkan kepada perkara-perkara yang boleh mendatangkan kebaikan Sahaja.
2. Islam tidak membenarkan orang yang mengeluarkan hukum tanpa terlebih dahulu merujuk kepada al-Quran dan Hadith, sebaliknya melayani tekanan hawa nafsu dan kepentingan diri sendiri semata-mata.
3. Islam melarang umatnya berperasaan cemburu buta dan iri hati terhadap sesama manusia melainkan didalam dua perkara:
i) Merasa iri hati terhadap orang yang beramal dengan ilmu yang dipelajarinya serta mengajarkannya pula kepada orang lain.
ii) Orang yang dikurniakan harta dan membelanjakan hartanya itu dijalan yang diredhai oleh Allah.
Oleh itu marilah sama-sama kita merenungi hari-hari kita adakah sifat ini digunakan dengan sebaiknya?Renung-renungkan dan selamat beramal! :D Wassalam.