counter.
free html hit counter
hit counter code

Monday, April 19, 2010

Mati Itu Peringatan!

The image “http://ppium.files.wordpress.com/2007/02/um.jpeg” cannot be displayed, because it contains errors.
Salam wbt.

Setiap makhluk yang bernyawa pasti akan mati. Ada kata- kata yang terlintas di fikiran saya tentang 'rancanglah kematian'. Ungkapan ini mungkin anda pernah dengar. Mengapakan kata- kata tersebut dilontarkan? Bukankan banyak lagi ungkapan 'rancanglah kewangan', 'rancanglah masa', dan macam- macam lagi boleh disebut? Perkara ini tidak lain tidak bukan adalah kerana kita sebagai manusia sudah semakin alpa dan lalai dengan godaan dunia. Hidup kita diarahkan semata- mata untuk kehidupan dunia. Bukankan kita akhirnya akan menemui Allah suatu hari nanti?

Baru- baru ini saya juga kehilangan beberapa saudara yang terdekat. Salah seorangnya merupakan seorang jiran saya ketika saya menetap di Sungai Buloh. Beliau meninggalkan seorang janda yang merupakan suri rumah, dan 5 orang anak, yang mana 2 orang sedang menuntut di sebuah politeknik di Sabak Bernam, 2 orang lagi masih bersekolah rendah dan seorang lagi masih lagi elum bersekolah. Kematiannya adalah disebabkan penyakit kencing manis. Tidak terduga di mata kasar keluarganya bahawa beliau mempunyai kencing manis sehinggalah satu kemalangan yang berlaku di tempat kerja. Lantaran terpijak paku, beliau terlantar di hospital selama seminggu. Setelah hampir seminggu koma di atas katil hospital, beliau akhirnya menghembuskan nafas yang terakhir.

Sudah menjadi suratan, yang telah pergi tetap tidak akan kembali. Kepada yang masih hidup, kita tetap perlu teruskan kehidupan seperti biasa. Perjalanan masih jauh. Setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya kepada orang- orang yang mahu menerimanya. Perlu diingatkan bahawa kematian itu satu peringatan. Rasulullah pernah berpesan, orang yang paling bijak ialah orang yang ingat mati (zikrul maut). Adakah kita mahu menyangkal ungkapan tersebut? Sudah pasti tidak. Tatkala seseorang sedang hanyut dengan perlumbaan dunia, mengejar harta, pangkat dan darjat, apabila maut datang menyahut, usahanya hanyalah menjadi sia- sia. Bukankah baik sekiranya kita berjaya menyeimbangkan tuntutan dunia dan akhirat? Dunia tidak rugi, di akhirat pun untung.

Coretan demi coretan boleh ditaip, tetapi sejauh mana penghayatan kita terhadap apa yang ingin disampaikan adalah penentunya. Orang kata, hidup hanya sekali, tetapi sebaik mana hendak kita isikan hidup, kitalah yang menentukan.

*Kami di PASUM sudah tamat pengajian. Sedar tak sedar, dah 2 sem kami di Universiti Malaya (UM). Malam Emas pun dah berlalu. Saya berharap rakan2 PASUM & SEPINTAR dapat banyak perkara yang bermanfaat di sini. Kalau tidak, kenelah 'balas' balik time masuk fakulti nanti.. hehe

No comments:

Post a Comment